Latar belakang

JomTraining Centre atau ringkasnya JTC telah mula beroperasi pada bulan Februari 2008. Ia berstatus bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan HRDF.

JTC menyediakan khidmat latihan terutamanya khidmat latihan IT terbuka kepada semua pelanggan samada pihak kerajaan, swasta atau individu.

JTC juga menyediakan kemudahan sewaan bilik untuk kursus, seminar dan latihan berskala kecil dan sederhana yang lengkap dengan kemudahan surau, bilik makan, projektor, komputer, internet berkelajuan tinggi UniFi dan lain-lain keperluan yang bersesuaian.

Sejak mula beroperasi, JTC telah melatih ramai kakitangan dalam kursus-kursus tertentu. Mereka terdiri daripada pelbagai jawatan dari kakitangan kerajaan, swasta, orang perseorangan dan juga pelajar IPT / IPTS.

Pejabat Urusan JTC telah berpindah ke premis milik sendiri di Pusat Perdagangan Puchong Prima, Selangor mulai 1 Julai 2016.

JTC berpengalaman mengendalikan beberapa jenis kursus samada secara terbuka atau dalaman kepada jabatan kerajaan, swasta atau individu yang berminat.

Untuk mengetahui kursus yang diadakan ketika ini bolehlah melihat senarai dan jadual kursus di laman web ini.

Mulai Januari 2018, JTC diuruskan  oleh Adlina Resources

Visi, Misi dan Objektif

Visi

Menjadi sebuah pusat latihan terbaik dan contoh milik bumiputera yang sentiasa memenuhi piawaian khidmat latihan sesebuah organisasi.

Misi

  1. Memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, profesional, cekap dan berkesan selaras dengan piawaian yang ditetapkan.

  2. Menjalin kerjasama erat dengan pelbagai pihak samada swasta, badan kerajaan atau individu bagi meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan latihan sesebuah organisasi.

Objektif

  • Menyedia dan memberi khidmat latihan secara profesional dan berkualiti kepada pelanggan.

  • Menyediakan kemudahan sewaan bilik latihan bersakala kecil dan sederhana yang selesa, bersih, mesra ibadah dan menyenangkan semua pelanggan.

Perkhidmatan

1. Mengadakan dan menganjurkan kursus, seminar dan latihan berasaskan IT dan Soft Skill samada untuk kakitangan kerajaan, swasta atau individu.

2. Menyediakan kemudahan penyewaan bilik latihan dan kursus berskala kecil dan sederhana yang selesa dan tersedia kemudahan yang bersesuaian termasuk UniFi berkelajuan tinggi dan projektor secara percuma.

3. Mengadakan dan menganjurkan kursus dan latihan yang bersesuaian mengikut permintaan pelanggan.

4. Menyediakan sewaan komputer (notebook), projektor, printer dan keperluan khidmat latihan.

5. Menyediakan perkhidmatan tambahan yang sesuai dengan kepakaran semasa yang dimiliki.

Amalan Budaya JTC

  • Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perantara. Komunikasi pertuturan dan penulisan kami akan menggunakan bahasa Melayu yang betul.

  • Mengamalkan kesopan santunan budaya Melayu tinggi. Kami memuliakan semua pelanggan kami dengan panggilan yang selayaknya mengikut kesopanan Melayu.

  • Patuh syariah. Kami sebaik mungkin akan memberi gambaran yang sebenarnya. Kami juga tidak mengamalkan budaya memberi dan menerima sesuatu rasuah.

  • Akur kepada kebenaran biarpun ianya pahit. Kami tidak mengutamakan sesuatu secara membuta tuli. Kami akur jika ianya memang suatu yang benar. Begitu juga sebaliknya.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.