Saya telah dihubungi oleh kakitangan sebuah organisasi.
Suatu ketika (lama dulu) beliau pernah menghadiri kursus PHP & MySQL di JTC.
Hasil daripada menghadiri kursus itu beliau dan kakitangannya berjaya membina lebih kurang 20 sistem dalam dan luaran untuk organisasi.
Namun masalahnya, versi PHP yang beliau pelajari dahulu adalah versi 5.x dan pembangunan sistem juga sudah tentu menggunakan versi tersebut.
Teknologi semakin berkembang. Begitu juga versi PHP cepat berkembang. Setiap perkembangan terbaru ada sebab dan tujuannya.
Yang pasti sudah tentu keupayaan dan prestasi versi terbaru adalah lebih baik dari versi yang sebelumnya.
Kini ada beberapa masalah yang diketengahkan oleh pihak organisasi melalui audit dan semakan dalaman. Di antaranya ialah isu keselamatan dan teknik koding.
Memang tidak dinafikan, PHP versi 5.6 adalah versi PHP yang lama (tamat security support pada 31 Dis 2018).
Sebenarnya kebanyakan sistem yang beroperasi secara global sekarang sudah tidak menyokong versi ini (End of Life).
Cuba lihat jadual versi PHP di bawah ini.
Rujuk di sini: https://www.php.net/supported-versions.php
Penyelesaiannya?
Mahu tidak mahu, sudah tentu anda perlu menaiktaraf versi PHP tersebut.
Namun jika ini dilakukan, anda perlu menukar koding kepada versi terbaru kerana banyak koding versi lama sudah tidak dapat dibaca oleh versi terbaru.
Adakah anda bersedia melakukannya? Sekiranya anda tiada kepastian untuk melakukannya, kini anda boleh mempelajari versi baru dan supported iaitu PHP 7.4 atau 8.0 di JTC.
Atau anda juga mungkin boleh terus memilih untuk membangunkan sistem menggunakan teknik yang terbaru dan popular pada masa ini iaitu PHP Laravel Framework & MySQL.