Persiapan Kursus HRMIS 2.0 untuk LPP di JTC

kursus hrmis

Hari ini JTC membuat persiapan untuk kursus HRMIS. Kursus akan diadakan esok, Rabu bersamaan 15 Jul 2020 selama 2 hari.

  • 15 – 16 Julai 2020
  • 9am – 4.30pm
  • Sarapan jam 8.30 pagi
  • Bilik Orkid

Adalah dijangka seramai 25 orang kakitangan LPP seluruh Malaysia akan menghadiri kursus ini. 

Sistem ini sudah tidak asing lagi kepada kakitangan kerajaan. Semua kakitangan kerajaan tahu tentang sistem ini.

Bagi JTC pula, perkara paling utama dan kritikal ialah memastikan kestabilan capaian Internet. Sistem ini akan diakses secara online serentak oleh semua peserta.

Tidak boleh ada gangguan capaian Internet. Sebarang gangguan akan menyebabkan masalah pelaksanaan kursus.

Kesan paling utama tentulah menjejaskan kualiti perkhidmatan kami.

Namun, InsyaAlah berdasarkan pengalaman kami selama ini, kami yakin kursus tidak akan menghadapi masalah capaian Internet kerana kami telah menyediakan capaian secara kabel network (Ethernet), ianya lebih stabil dan konsisten kelajuannya.

Kelajuan capaian Internet pula adalah antara 100 – 300Mbps. Ianya memang sangat memadai.

Sebenarnya pihak Ibu Pejabat, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang akan mengadakan kursus HRMIS selama 2 hari di sini.

Kemudahan utama yang akan kami sediakan ialah:

1- Bilik Latihan – Bilik Orkid
2- Makan dan Minum (3 kali) – secara packing mengikut SOP KKM.
3- Bilik Makan
4- Laptop 25 unit
5- Capaian Internet serentak semua peserta

Terima kasih LPP memilih kursus HRMIS ini di JTC. LPP adalah pertama kali menggunakan kemudahan JTC.

Semoga kursus akan berjalan dengan baik dan lancar esok. 

Selamat datang semua peserta LPP ke JomTraining Centre esok.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?