Pembangunan Sistem Orang Tahanan, JPM

Pihak Lembaga Penasihat, JPM telah melantik syarikat induk JomTraining iaitu LiveWEBS Network & Technolody Sdn. Bhd. untuk menambah modul bagi Sistem Orang Tahanan.

Sistem asal ini juga telah dibangunkan oleh kami kira-kira 3 tahun lepas. Kini ada beberapa modul yang perlu ditambah selaras dengan keperluan semasa.

Sistem yang digunakan untuk merekod semua data bermula dari serahan pihak berkuasa untuk perbicaraan (istilah sebenar adalah persidangan) sehinggalah tahanan ditahan di pusat tahanan, rayuan dan seterusnya dibebaskan.

Tahanan yang dimaksudkan di sini bukanlah tahanan perbicaraan di mahkamah tetapi tahanan yang dikenakan di bawah akta tertentu seperti POCA, POTA dan lain-lain.

Sistem akan merekod semua proses dan pihak Lembaga Penasihat yang akan merekod dan mengurus semua proses ini.

Sistem ini adalah sangat sulit dan segala data yang tersimpan mestilah selamat dan rahsia.

Kami sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menambah modul di dalam sistem ini.

Diharap sistem ini memberi lebih manfaat untuk pihak Lembaga Penasihat dalam urusan mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?