Pembangunan Laman Web Lembaga Penasihat

Syarikat utama LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd. telah dilantik oleh pihak Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri untuk membangunkan laman web yang baru.

Projek ini mesti disiapkan dalam tempoh 1 bulan iaitu pada 1 November 2020. Kami telah menerima Letter of Award (LOA) projek ini pada 1 Oktober 2020.

Skop projek ini ialah bermula daripada pemasangan web server di MAMPU, pembangunan baru web, pemasangan web yang baru di server MAMPU, pemasangan dan penjagaan web sekuriti, web dwi-bahasa, mengikut ketetapan kriteria web kerajaan olah pihak MAMPU dan penyelenggaraan selama 12 bulan.

Laman web Lembaga Penasihat sebelum ini menggunakan Joomla! 2.5 dan tidak mobile responsive.

Untuk laman web baru ini ianya masih dibangunkan menggunakan versi terbaru Joomla! 3.9.x.

Kami juga mesti sentiasa mengemaskini patches Joomla! core terbaru dari masa ke semasa bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan fungsi-fungsi terkini.

Alhamdulillah projek ini telah berjaya disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Kini laman web ini boleh dicapai di www.lp.gov.my

 

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?