Wajib pakai pelitup muka mulai 1 Ogos

Pemakaian pelitup muka akan diwajibkan di tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan tersebut mengambil kira penambahan kluster-kluster baharu yang telah dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, pada masa ini, peraturan tersebut hanya dikuatkuasakan bagi menaiki semua kenderaan awam seperti LRT, MRT serta bas dan di tempat sesak seperti pasar dan pasar tani.

Sementara itu, Ismail Sabri menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil inisiatif membuat kawalan kendiri dan sentiasa memakai pelitup muka terutama di tempat awam, walaupun penguatkuasaan peraturan itu hanya akan bermula 1 Ogos.

Beliau turut mengingatkan bahawa dua perkara penting bagi mengelak jangkitan Covid-19 adalah dengan memakai pelitup muka dan memastikan jarak sosial.

“Sementara itu (sebelum 1 Ogos), jaga keselamatan diri dulu, ramai akan balik kampung sambut raya Haji minggu depan, saya harap patuhi setiap SOP yang ditetapkan,” katanya.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print
Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.