Kursus Pembangunan dan Pengurusan Web CMS WordPress 5.x

(Asas, Pertengahan, Lanjutan)

Pengenalan

Laman web merupakan satu medium sangat penting bagi sesebuah organisasi. Laman web juga umpama penampilan pertama sesebuah organisasi. Ibarat pakaian kepada badan.

Ia bakal menggambarkan profesionalisma organisasi anda di mata pelanggan tatkala mereka mengunjungi laman web.

Laman web yang tidak dikemaskini dan diselenggara dengan baik, ianya boleh menjejaskan imej, reputasi dan profesionalisma organisasi anda.

Sifat pelanggan kini sudah banyak berbeza tabiatnya dimana mereka akan mencari seberapa banyak maklumat di Internet untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan.

Oleh itu, maklumat tersebut perlu disalurkan melalui laman web. Bagaimanakah jika organisasi anda langsung tiada laman web?

Pada era ini adalah sangat perlu diberi perhatian mengenai laman web yang responsive.

Laman web responsive bermaksud web anda boleh dipapar dipelbagai peranti mudah alih seperti smart phone, ipod, ipad, tablet dan sebagainya.

Untuk tujuan itu perisian WordPress versi terkini adalah pilihan yang tepat dan sesuai. Tambahan pula WordPress adalah percuma.

Ianya mudah dipelajari dan cepat dibangunkan. Pembangunannya boleh dilakukan oleh orang yang bukan berlatarbelakng IT.

Objektif

Latihan 100% secara praktikal membangunkan sebuah laman web WordPress bermula daripada zero hingga berjaya menyiapkannya menggunakan! WordPress versi terkini.

  • Mempelajari fungsi-fungsi penting yang ada di dalam WordPress.

  • Mempelajari menggunakan WordPress dengan menggunakan domain dan hosting sebenar.

  • Mengetahui kegunaan dan potensi yang boleh diekploitasi melalui WordPress dalam pembangunan sesebuah laman web.

  • Boleh menjadi sumber income tambahan jika bercadang mengambil upah membangunkan laman web menggunakan WordPress. Kos yang kecil tetapi pulangan yang besar!

Organisasi Yang Menggunakan WordPres

  1. Jabatan Pendaftaran Negara – www.jpn.gov.my

  2. Jabatan Alam Sekitar  – www.doe.gov.my

  3. Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) – www.hrdf.com.my

  4. TERAJU – www.Teraju.gov.my

  5. Bank Islam – www.bankislam.com

Web di atas disahkan menggunakan CMS WordPress ketika artikel ini ditulis. Namun ia mungkin tidak lagi menggunakannya pada waktu yang lain. (jika berlaku)

Sasaran Peserta

√ Pemilik atau kakitangan kerajaan atau syarikat yang ingin membangunkan sendiri laman web untuk jabatan atau syarikat.

√ Web Developer / System Developer / System Admin.

√ Usahawan yang ingin membuka cabang bisnes baru dalam servis pembinaan laman web menggunakan WordPress.

√ Pelajar / individu awam / kakitangan yang ingin tahu cara menggunakan WordPress untuk menambah skil individu.

Metodologi

Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer dengan
ditunjukajar oleh tenaga pengajar.

  • Latihan memasang perisian Web Server yang diperlukan.

  • Latihan memasang web CMS WordPress 5.x (versi terkini) di komputer masing-masing.

  • Latihan membina laman web CMS WordPress 5.x (versi terkini) mengikut bab dan tajuk.

  • Latihan memasang web WordPress yang telah siap ke domain & hosting sebenar.

Kemudahan Kursus

√ PC dan Internet disediakan untuk kursus yang diadakan di JomTraining Centre (JTC), Puchong Prima, Selangor.

√ PC dan Internet broadband bawa sendiri untuk kursus di luar JTC.

√ Makan dan minum disediakan untuk kursus anjuran JTC.

√ Penginapan peserta tidak disediakan.

Pengajar

Sdr. Zaki Yusof adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau juga merupakan seorang Trainer bertauliah PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad) di bawah Kementerian Sumber Manusia. 

Beliau berpengalaman dalam khidmat latihan IT sejak 2008 dan merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajaran portal CMS WordPress dan Joomla!

Beliau telah melatih ramai kakitangan kerajaan dan swasta berkenaan mahir WordPress samada secara kursus in-house atau terbuka. Kaedah pengajarannya mudah difahami dan disenangi oleh peserta.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.