Kursus Pengaturcaraan PHP Laravel Framework & MySQL / MariaDB

(Asas, Pertengahan, Lanjutan)

Pengenalan

Adakah anda ingin membangunkan sebuah sistem untuk Jabatan atau Organisasi anda? Contohnya sistem pendaftaran pelajar, sistem cuti, sistem tempahan bilik dan pelbagai lagi? Tetapi tidak tahu caranya. 

Anda boleh saja mengupah vendor atau freelance develepor untuk membangunkannya namun tinggi pula kosnya. Apatah lagi untuk penyelenggaraannya.  

Tahukah anda, sebenarnya anda juga boleh membinanya sendiri dengan menggunakan kod berasaskan PHP dan pangkalan data MySQL / MariaDB atau MsSQL. 

Namun. teknologi hari ini membolehkan anda membina sesebuah sistem dengan cepat dan mudah menggunakan PHP Framework.

Tahukah anda Framework PHP Laravel adalah pilihan terbaik pada masa ini berbanding framework yang lain seperti CodeIgniter, Yii, CakePHP, Symfony dan lain-lain lagi. 

Ini kerana kod Framework Laravel lebih singkat dan mudah diurus berbanding framework yang lain selain banyak lagi kelebihannya. 

Tahukah anda syarikat gergasi seperti Yahoo, Google, eBay, FaceBook, Oracle, Wikimedia juga menggunakan kod berasaskan PHP dan pangkalan data MySQL. 

Begitu juga banyak aplikasi popular CMS, e-Commerce seperti Joomla!, WordPress, Opencart dan lain-lain juga menggunakan PHP dan MySQL

Sasaran Peserta

√ System Developer / Software Engineer / Web Developer

√ Kakitangan kerajaan atau swasta yang terlibat dalam pembangunan sistem yang berasaskan PHP dan MySQL.

√ Pemilik atau kakitangan syarikat yang ingin membangunkan sendiri sistem untuk syarikat menggunakan sumber terbuka PHP Laravel Framework dan MySQL.

√ Usahawan baru atau lama yang ingin membuka cabang bisnes baru dalam pembangunan sistem berasaskan PHP Laravel Framework & MySQL

√ Pelajar / individu awam yang ingin tahu cara membangunkan sesebuah sistem bagi meningkatkan skil individu atau menyiapkan suatu projek.

Objektif

  • Latihan 100% secara praktikal membangunkan sebuah sistem contoh menggunakan PHP Laravel Framework dan MySQL bermula daripada zero hingga berjaya menyiapkannya

  • Mempelajari cara penggunaan Laravel Framework dan hubungannya dengan MySQL

  • Mempelajari kaedah penting sesuatu sistem yang dinamakan CRUD (Create, Read, Update, Delete).

  • Boleh menjadi sumber income tambahan jika bercadang mengambil upah membangunkan sesebuah sistem

Metodologi

Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer dengan ditunjukajar oleh tenaga pengajar.

  • Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer.

  • Latihan membina sebuah sistem contoh di dalam kelas supaya mudah mengaplikasikan tajuk yang dipelajari.

  • Latihan memasang sistem yang disiapkan menggunakan domain & hosting sebenar (domain & hosting disediakan untuk tujuan pembelajaran). Sistem yang telah siap boleh dicapai di Internet – tertakluk kepada capaian Internet yang sesuai.

Kemudahan Kursus

√ PC disediakan untuk kursus yang diadakan di JomTraining Centre (JTC), Puchong, Selangor.

√ PC bawa sendiri untuk kursus di luar JTC.

√ Makan dan minum disediakan untuk kursus anjuran JTC.

Pengajar

Sdr. Amirol Zolkifli merupakan seorang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembangunan
sistem berasaskan PHP Laravel Framework dan MySQL. Beliau telah melatih ramai kakitangan kerajaan dan swasta samada secara in-house atau terbuka seperti KKMM, FAMA, SPR, JPN, LPPKN dan banyak lagi.

Beliau juga banyak membangunkan sistem untuk jabatan kerajaan dan swasta. Antara sistem utama yang dibangunkan
adalah untuk Jabatan Perdana Menteri, SifuFBAds dan lain-lain lagi.

Beliau juga mengkomersialkan sistem yang dibangunkan menggunakan platform PHP & MySQL dan digunakan oleh masyarakat awam iaitu antaranya Sistem Affiliate Lite, Facebook Page Tab, Sistem Borang, Kedai Online dan beberapa lagi.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.