Kursus PHP Laravel Framework & MySQL di Kementerian Perpaduan Negara

Dahulunya dikenali dengan Jabatan Perpaduan Negara dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Namun kini ianya telah menjadi Kementerian Perpaduan Negara.

JTC telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kursus ini untuk kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat.

Seramai 6 orang kakitangan IT menghadiri kursus ini. Kursus dalaman ini diadakan Makmal Komputer Aras 7, BTM, KPN, Putrajaya.

Kursus diadakan selama 4 hari bermula 7 hingga 10 Sept. 2020. Jam 9pagi hingga 5petag.

Makan dan minum kami sediakan mengikut SOP ditetapkan iaitu hanya makanan berbungkus sahaja.

Bangunan ini baru dan kemudahan dalaman juga baru. Tentunya semangat perserta pun baru dan seronok di sini.

Semasa dalam kursus peserta dapat membangunkan sebuah sistem contoh iaitu Sistem Latihan Kakitangan.

Di akhir kursus peserta menerima sijil penyertaan dan cenderahati dari JTC. Cenderahati kali ini agak istimewa kerana ia ditaja oleh D’Calysta.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print
Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.