Kursus MS Word 2016 / 2019

(Asas, Pertengahan, Lanjutan)

Pengenalan

Microsoft Word adalah salah satu aplikasi utama di dalam MS Office. Aplikasi ini sangat penting kepada kebanyakan pengguna. 

Ia paling banyak digunakan dalam urusan harian di pejabat atau pelbagai bidang. Kakitangan yang memiliki kemahiran dalam aplikasi MS Word akan dapat meningkatkan produktivit syarikat. 

Banyak fungsi-fungsi yang patut dipelajari dalam MS Word supaya dapat menggunakan MS Word dengan efektif lagi. 

Memiliki kemahiran MS Word juga dapat membantu seseorang untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam bidang yang berkaitan.

Sasaran Peserta

√ Kakitangan yang terlibat dalam kerja-kerja yang berkaitan penggunaan MS Word.

√ Pekerja Profesional / Pekerja Sokongan.

√ Pelajar / individu awam yang ingin menambah skil dalam MS Word dan mencari peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran untuk aplikasi tersebut.

Pra-syarat Kursus

Biasa menggunakan komputer dan mouse.

• Boleh membuat salinan (copy) , memindah, mencipta fail (new file / folder) di komputer.

• Perkara asas mengenai penggunaan komputer tidak akan diajar di dalam kursus

Objektif

Di akhir kursus peserta akan dapat:

  • Kemahiran menggunakan aplikasi penting MS Word untuk tugas harian dalam pekerjaan.

  • Mempelajari fungsi-fungsi penting yang ada di dalam aplikasi MS Word.

  • Meningkatkan lagi produktiviti kerja kerana kemahiran dalam aplikasi MS Word telah diperolehi.

  • Menambah keyakinan diri kakitangan dalam membuat tugasan yang diberikan oleh majikan.

Metodologi

  • Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer dengan
    ditunjukajar oleh tenaga pengajar.

  • Latihan mengikut topik-topik tertentu yang ditetapkan.

  • Latihan kelas supaya peserta lebih mahir dan mudah mengingati apa yang diajar.

Kemudahan Kursus

√ PC disediakan untuk kursus yang diadakan di JomTraining Centre (JTC), Puchong, Selangor.

√ PC bawa sendiri untuk kursus di luar JTC.

√ Makan dan minum disediakan untuk kursus anjuran JTC.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.