Kursus MS Project

Pengurusan Projek Yang Efektif

Pengenalan

Perisian Microsoft Project merupakan perisian yang boleh digunakan bagi para pengurus dan penyelia projek bagi mengenal pasti, menyusun, memantau dan melaksanakan projek yang sedang atau akan berjalan.

Ini termasuk pengurusan bahan mentah, kakitangan, belanjawan, tarikh sasaran dan lain-lain lagi. Perisian ini juga mampu mengenal pasti tugasan-tugasan kritikal (critical path) bagi memastikan tarikh sasaran dipatuhi.

Sasaran Peserta

√ Pengurus atau pegawai penyelaras projek.

√ Kakitangan kerajaan / swasta serta orang perseorangan yang berkait dalam pengurusan projek

Pra-syarat kursus

Biasa menggunakan komputer, MS Windows / MS Office (asas adalah memadai).

Kemudahan Kursus

√ PC disediakan untuk kursus yang diadakan di JomTraining Centre (JTC), Puchong, Selangor.

√ PC bawa sendiri untuk kursus di luar JTC.

√ Makan dan minum disediakan untuk kursus anjuran JTC.

√ Software MS Project disediakan.

Objektif

Dalam kursus ini peserta akan diajar:

  • Apa itu projek, kerja, tempoh, jadual, tarikh sasaran (dateline) dan milestone.

  • Mengenal pasti dan menyusun kerja-kerja sesuatu projek.

  • Memasukkan tempoh kerja, bahan mentah, perbelanjaan projek dan tugasan kakitangan.

  • Maksud tugasan kritikal dan mengenal pasti, tugasan yang dianggap kritikal (critical path).

  • Penyeliaan dan pemantauan tugasan melalui jadual dan laporan.

Metodologi

  • Latihan kerja kursus menggunakan perisian MS Project 1 orang 1 komputer.

  • 10% teori dan 90% praktikal dalam menggunakan perisian MS Project.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.