Kursus Mobile Apps Development (Android)

(Asas, Pertengahan, Lanjutan)

Pengenalan

Dalam kursus ini, peserta akan belajar membangunkan Mobile Apps menggunakan HTML5, jQuery dan persekitaran pembangunan Android (Android development environment) yang bersesuaian.

Peserta juga akan belajar membangunkan aplikasi menggunakan plugin tersedia dan integrasi dengan pangkalan data.

Kelebihan menggunakan HTML dan jQuery sebagai alat pembangunan aplikasi kerana kod sumber yang sama boleh digunakan dalam pelbagai persekitaran seperti Android, iOS dan Web.

Sasaran Peserta

√  Kakitangan kerajaan atau swasta yang terlibat dalam pembangunan sistem dan ingin membangunkan sendiri mobile apps untuk jabatan / agensi atau syarikat.

√  Web Developer / System Developer / Software Engineer / Programmer yang ingin meningkatkan tahap / skil pengetahuan dalam pembangunan mobile apps.

√  Pelajar / individu awam / kakitangan yang ingin tahu cara membangunkan mobile apps secara koding (programming).

Keperluan Kursus

  • Pengetahuan asas dalam mana-mana bahasa pengaturcaraan.

  • Pengetahuan dalam HTML, JavaScript, PHP & MySQL adalah kelebihan.

  • Capaian internet yang laju dan stabil.

  • Komputer yang menggunakan operasi Windows (dikemaskini) dengan ruangan hard disk minima 10GB dan 4GB RAM.

Objektif

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • Mengetahui bagaimana menggunakan HTML5, jQuery dan tools berkaitan untuk membangun aplikasi Mobile Apps.

  • Membina aplikasi Mobile Apps menggunakan pangkalan data.

  • Mengetahui faktor keselamatan dalam aplikasi Mobile Apps.

Metodologi

  • Latihan secara 100% praktikal 1 orang 1 komputer.

  • Latihan membina aplikasi asas mengikut bab yang disusun secara sistematik.

  • Menguji aplikasi di peranti mudah alih sebenar seperti di telefon bimbit.

  • Cara-cara menerbitkan aplikasi di penyedia Play Store.

Kemudahan Kursus

√  PC disediakan untuk kursus yang diadakan di JomTraining Centre (JTC), Puchong, Selangor.

√  PC bawa sendiri untuk kursus di luar JTC.

√  Makan dan minum disediakan untuk kursus anjuran JTC.

Pengajar

Sdr. Zahisham Yusof memiliki Degree in Computer Sceince, UiTM. Beliau juga merupakan seorang Trainer bertauliah PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad).

Beliau memiliki pelbagai aplikasi Mobile Apps sendiri di Play Store dan diguna pakai oleh ratusan ribu pengguna. Beliau juga menerima pelbagai medal award dari dalam dan luar negara berkenaan aplikasi ciptaannya. 

Beliau merupakan tenaga pengajar berpengalaman dalam mobile apps. Pengajarannya mudah difahami dan disenangi oleh peserta.

Beliau telah melatih ramai kakitangan kerajaan dan swasta seperti Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM), LPPKN dan banyak lagi.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.