Kursus Web Profesional CMS Joomla! 3.9.x (Versi Terkini) Untuk Web Kerajaan / Swasta

(Asas, Pertengahan, Lanjutan)

Pengenalan

Penampilan sesebuah laman web adalah melambangkan profesionalisme sesebuah organisasi. 

Ia adalah pandangan pertama yang harus diberi perhatian. Tidak kira samada pihak kerajaan atau swasta, web yang menonjolkan gaya korporat dan professional lebih diyakini oleh pengunjung berbanding web yang tiada ciri-ciri demikian. 

Laman web yang tidak dikemaskini dan diselenggara dengan baik, ianya juga boleh menjejaskan imej, reputasi dan profesionalisma sesebuah organisasi. 

Hari ini, web responsive adalah kriteria penting kerana web perlu mudah dilihat di mobile device pengguna seperti smart phone, ipod, ipad, tablet dan sebagainya. Oleh itu Joomla! sangat praktikal tujuan tersebut. 

Joomla! banyak digunakan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi kerajaan dan swasta di Malaysia untuk laman web rasmi atau portal mereka. 

Joomla! juga mempunyai extension yang pelbagai dan menarik untuk digunakan bagi memenuhi keperluan sesebuah web korporat.

Objektif

  • Latihan 100% secara praktikal membangunkan sebuah laman web gaya korporat dan profesional bermula daripada zero hingga berjaya menyiapkannya menggunakan CMS Joomla! 3.x (versi terkini).

  • Dapat mentadbir dan mengurus web Joomla sendiri dengan mudah dan menguasai fungsi fungsi penting yang ada di dalam Joomla! 3.x (versi terkini).

  • Tidak perlu lagi bergantung kepada vendor sepenuhnya.

  • Mengetahui kegunaan dan potensi yang boleh diekploitasi melalui Joomla! 3.x (versi terkini) dalam pembangunan sesebuah laman web.

Metodologi

Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer dengan ditunjukajar oleh tenaga pengajar.

  • Latihan memasang perisian Web Server yang diperlukan.

  • Latihan memasang web CMS Joomla! 3.x (versi terkini) di
    komputer masing-masing.

  • Latihan membina laman web CMS Joomla! 3.x (versi terkini) mengikut bab dan tajuk selaras dengan keperluan ProBe / Muse.

  • Latihan memasang web Joomla! yang telah siap ke domain & hosting sebenar.

Sasaran Peserta

√ Pegawai / Pen. Pegawai Teknologi Maklumat kakitangan kerajaan atau swasta yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan penyelenggaraan sesebuah laman web

√ Web Developer / System Developer / Web Admin

√ Pengurus IT yang ingin tahu dan menilai kemampuan Joomla!

√ Pelajar / individu yang ingin tahu cara menggunakan Joomla!

Organisasi Yang Menggunakan Joomla!

  1. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) – www.treasury.gov.my

  2. Kementerian Dalam Negeri (KDN) – www.moha.gov.my

  3. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – www.moe.gov.my

  4. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) – www.kbs.gov.my

  5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) – www.kkmm.gov.my

Kemudahan Kursus

√  PC disediakan untuk kursus yang diadakan di JomTraining Centre (JTC), Puchong, Selangor.

√  PC bawa sendiri untuk kursus di luar JTC.

√  Makan dan minum disediakan untuk kursus anjuran JTC.

Pengajar

Sdr. Zaki Yusof adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau juga merupakan seorang Trainer bertauliah PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad) di bawah Kementerian Sumber Manusia. 

Beliau berpengalaman dalam khidmat latihan IT sejak 2008 dan merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajaran Joomla! sejak versi 2.x hingga versi terkini 3.x.

Beliau telah melatih ratusan kakitangan kerajaan dan swasta berkenaan mahir Joomla! samada secara kursus in-house atau terbuka. 

Beliau telah mencipta satu kaedah yang memudahkan dan menyeronokkan dalan pembelajaran Joomla! iaitu dinamakan 3 Formula Rahsia Joomla!.

Kaedah ini menjadikan belajar Joomla! adalah mudah dan tiada dimana-mana panduan kecuali di dalam kursus kendaliannya sahaja.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.