Kursus E-Commerce dan Payment Gateway Opencart 3.x

(Asas, Pertengahan, Lanjutan)

Pengenalan

Pernahkah anda terfikir untuk memiliki kedai online e-commerce anda sendiri seperti Lazada atau Zalora?

Namun kekangan kos adalah penghalang kerana untuk memilikinya sangatlah mahal sehingga ratusan ribu RM.

Tahukah anda? Sebenarnya anda boleh memiliki kedai online anda sendiri dengan kos minima.

Tidak sampai ratusan atau puluhan ribu RM! Caranya adalah dengan membinanya sendiri. Untuk tujuan itu, perisian OpenCart sangat sesuai digunakan.

Ianya mudah untuk membina dan mengurus kedai online anda sendiri. Pada era ini, kedai online juga mesti boleh dilihat di mobile device seperti smart phone, tablet, ipod, ipad dan sebagainya.

Kedai online sangat sesuai jika anda menjual pelbagai produk di Internet. Contohnya anda menjual baju, tudung, kasut dan pelbagai lagi dalam satu portal.

Banyak contoh kedai online lain seperti 11street.my dan shopee.com.my. Ia memudahkan pelanggan memilih pelbagai produk dan anda sebagai penjual mudah untuk mengurus jualan, tempahan pelanggan, senarai produk dan lain-lain berbanding berbanding cara manual.

Sasaran Peserta

√ Pemilik bisnes atau kakitangan syarikat yang ingin membina sendiri kedai online untuk menjual produk secara online.

√ Usahawan baru / lama yang mementingkan urusan jual beli secara online demi menjimatkan masa dan kos.

√ Usahawan baru atau lama yang ingin membuka cabang bisnes baru dalam pembangunan laman web kedai online. Ramai peniaga online di luar belum mempunyai kedai online sendiri

√ Pelajar / individu / kakitangan syarikat yang ingin tahu cara membina kedai online e-commerce untuk menambah skil individu.

Organisasi Yang Menggunakan OpenCart

  1. OnKing – onking.com.my
  2. 3311 Enterprise Sdn Bhd – 3311.com.my
  3.  

Objektif

  • Latihan 100% secara praktikal membina web kedai online E-Commerce daripada zero hingga berjaya menyiapkannya menggunakan perisian OpenCart.

  • Mempelajari fungsi-fungsi penting yang ada di dalam ECommerce Opencart.

  • Mempelajari cara memasang E-Commerce Opencart dengan menggunakan domain dan hosting sebenar.

  • Boleh menjadi sumber income tambahan jika bercadang mengambil upah membangunkan laman web kedai online E-Commerce Opencart. Kos yang kecil tetapi pulangan yang besar!

Metodologi

  • Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer.

  • Latihan memasang web kedai online e-Commerce menggunakan domain & hosting sebenar (domain & hosting setiap peserta akan disediakan di dalam kelas untuk tujuan pembelajaran).

Kemudahan Kursus

√ PC disediakan untuk kursus yang diadakan di JomTraining Centre (JTC), Puchong, Selangor.

√ PC bawa sendiri untuk kursus di luar JTC.

√ Makan dan minum disediakan untuk kursus anjuran JTC.

Pengajar

Sdr. Zaki Yusof adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau juga merupakan seorang Trainer bertauliah PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad) di bawah Kementerian Sumber Manusia. 

Beliau berpengalaman dalam khidmat latihan IT sejak 2008 dan merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajaran kedai online e-commerce.

Beliau telah melatih ribuan peserta dalam program keusahawanan online dengan kerjasama antara MYNIC Berhad (agensi di bawah KKMM) selama tempoh 3 tahun.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.