Kursus Bootstrap 4
HTML5 , CSS3 , JAVASCRIPT (JS)

Pengenalan

Bootstrap adalah framework yang terdiri dari HTML, CSS, and JavaScript.

Ia digunakan untuk membantu pembangun laman web dan web developer atau pembangun sistem dan system developer membina sesebuah sistem atau laman web untuk tujuan paparan yang responsive dan mobile-ready.

Pada zaman ini adalah penting ciri-ciri ini ada pada sebuah laman web atau sistem supaya ianya dapat disesuaikan di kebanyakan paparan web browser samada di desktop, notebook atau mobile device seperti smart phone, tablet, ipod dan lain-lain.

Bootstrap 4 adalah versi terbaru. Bootstrap adalah open-source framework dengan ciri-ciri 12-column grid dan components yang telah sedia untuk digunakan.

Bootstrap adalah percuma untuk digunakan.

Rumusannya Bootstrap boleh membina typography, forms, buttons, tables, navigation, modals, image carousels dan banyak lagi termasuk JavaScript plugins.

Dengan penggunaan Bootstrap, User Interface (UI) anda menjadi lebih mesra pengguna.

Sasaran Peserta

✓ System Developer / Web Developer

✓ Kakitangan kerajaan atau swasta yang terlibat dalam pembangunan web atau sistem.

✓ Pemilik atau kakitangan syarikat yang ingin membangunkan sendiri sistem untuk syarikat atau bisnesnya menggunakan sumber terbuka Bootstrap.

✓ Pelajar / individu awam yang ingin tahu cara membangunkan sesebuah sistem atau web bagi meningkatkan skil individu.

Objektif

  • Latihan 100% secara praktikal membangunkan sebuah web contoh menggunakan Bootstrap 4 framework.

  • Mempelajari cara penggunaan Bootstrap Framework dan hubungannya dengan HTML, CSS dan JS.

  • Boleh menjadi sumber income tambahan jika bercadang mengambil upah membangunkan sesebuah sistem atau laman web berasaskan bootstrap.

Metodologi

  • Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer.

  • Latihan membina sebuah page / web contoh supaya mudah mengaplikasikan tajuk yang dipelajari.

  • Latihan memasang sistem yang disiapkan menggunakan domain dan hosting sebenar (domain dan hosting akan disediakan). Sistem yang telah siap boleh dicapai di Internet.

Kemudahan Kursus

√  PC disediakan untuk kursus yang diadakan di JomTraining Centre (JTC), Puchong, Selangor.

√  PC bawa sendiri untuk kursus di luar JTC.

√  Makan dan minum disediakan untuk kursus anjuran JTC.

Pengajar

Sdr. Amirol Zolkifli merupakan seorang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajaran pembangunan sistem berasaskan Bootstrap.

Beliau telah melatih ramai kakitangan kerajaan dan swasta samada secara in-house atau terbuka.

Beliau juga banyak membangunkan sistem untuk jabatan kerajaan dan swasta. Antara sistem yang dibangunkan adalah untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), SifuFBAds dan lain-lain lagi.

Beliau juga mengkomersialkan sistem yang dibangunkan menggunakan platform Bootstrap dan Laravel dan digunakan oleh masyarakat awam iaitu antaranya Sistem Affiliate Lite, Facebook Page Tab, Sistem Borang, Kedai Online dan beberapa lagi.

Laman Utama  |  Hubungi Kami 

© Hakcipta Terpelihara 2020, JomTraining Centre (JTC)
PENAFIAN: JTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox,  dan Safari versi terkini dengan resolusi 1280 x 720. Paparan web ini adalah mobile responsive.
Dibangunkan oleh “Technology Friendly” ~ LiveWEBS Technology.