Satu mesyuarat Kick Off Meeting telah diadakan pagi tadi pada jam 10.30pagi di Unit Teknologi Maklumat (UTM) HRC.
Mesyuarat dihadiri oleh 3 orang kakitangan UTM yang berkaitan.
Saya membentangkan beberapa perkara penting termasuk jadual kerja pelaksanaan pembangunan ini.
Sesi Kick Off Meeting sangat penting bagi memastikan kedua-dua pihak mengetahui fungsi dan peranan masing-masing dalam proses pembangunan web yang akan dilaksanakan kelak.
Ianya juga mesti selari dengan objektif pembangunan yang akan dicapai kelak.
Alhamdulillah sesi mesyuarat berjalan baik dengan pihak HRC memberikan banyak input dan jelas dengan apa yang dibentangkan.
Diakhir sesi saya dibawa melawat bilik server HRC.