Jangan stay Bizz Hotel sebab…

Bizz Hotel terletak tidaklah jauh dari JTC. Lebih kurang 10 minit drive ke JTC.

Bilik hotel pun (seperti dalam gambar) cantik juga. Nampak seperti hotel berbintang juga.

Pernah juga beberapa peserta kursus yang hadir kursus di JTC kami rekemenkan hotel ini kepada mereka.

Bilik hotel ini seperti hotel-hotel lain. Persekitaran hotel pun okay. Ada tempat makan dan kedai-kedai.

Mudah untuk kemudahan. Saya rasa konsep hotel ini adalah seperti hotel boutique.

Sesuai dengan namanya mungkin untuk target penginapan orang-orang bisnes.

Namun, ada satu perkara yang bagi saya sangat tidak kena pada hotel ini.

Tahukah anda bahawa hotel ini TIADA TV di semua biliknya.

Jadi, jika anda ingin menginap di sini fikirkanlah dahulu sebelum menempah.

Bayangkan jika anda menginap beberapa hari di sini tetapi tidak ada TV di dalam bilik anda.

Kami pun baru tahu hotel ini tiada TV. Selama ini kami tidak pernah menjangka bahawa ada hotel yang tiada TV.

Hotel bajet murah pun ada TV.

Kami pernah menelefon sendiri receptionist hotel ini untuk mendapat kepastian. Jawapannya benar dan beliau mengesahkan semua bilik hotel ini tiada TV.

Kami bertanya kenapa tiada TV? Sedangkan hotel-hotel murah pun ada TV.

Alasan mereka ialah pengunjung hotel hanya ingin berehat-rehat di bilik tanpa gangguan TV.

Emmmm… logik ke alasan tu? Harga bilik pun bukanlah murah sangat, lebih kurang seperti hotel-hotel lain yang ada TV.

P/S – Harapnya lepas ni pasanglah TV. Ramailah lagi yang akan menginap di sini nanti.

 

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?