Dilantik untuk mengendali Kursus MS Power Point, KKM.

Kami telah mendapat pengesahan daripada pihak KKM bahawa mereka telah melantik JTC untuk mengendalikan kursus MS PowerPoint Tahap Asas – Lanjutan kepada kakitangan mereka.

Kursus akan diadakan sebanyak 2 sesi. Kumpulan pertama akan mula berkursus pada 23 – 24 Mac 2021 (2 hari).

Manakala kumpulan kedua pula akan diadakan pada 8 – 9 April 2021 (2 hari).

Setiap sesi akan dihadiri oleh seramai lebih kurang 20 orang peserta.

Seperti biasa, dalam pengendalian kursus kali ini kami dikehendaki menyediakan kemudahan lengkap bermula dari penyediaan bilik kursus, laptop, makan dan minum serta tenaga pengajar yang berpengalaman.

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan kepada kami. InsyaAllah kami akan menyediakan semua keperluan bagi mencapai objektif kursus seperti yang diharapkan.

Bersempena norma baharu juga, kami perlu akan melaksanakan SOP yang ditetapkan.

Terima kasih KKM kerana memilih perkhidmatan kami. Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke JTC.

Semoga kursus berjalan lancar kelak.

SELAMAT BERKURSUS DI JTC.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?